Manusia gagal bukan kerana kebdohan, tetapi mereka gagal kerana melakukan perkara yang bodoh
In: Umum
17 May 2009Pernahkah kita terfikir sejenak, dari manakah datangnya tokoh-tokoh yang berjaya tidak kira samada bidang politik, ekonomi, dan sebagainya? Mereka ini lahir daripada hasil didikan dan asuhan yang diberikan oleh insan yang bergelar “guru”. Tanggungjawab guru bukan sekadar memberi ilmu sahaja, malah menjadi pengasuh supaya dapat melahirkan generasi yang celik pengetahuan dan dapat berjasa kepada negara, agama, dan bangsa. Pada luaran, kita mungkin beranggapan bahawa kerjaya guru mudah, hanya mengajar subjek tertentu dengan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.
Namun, dari sudut dalaman hanya mereka sahaja yang tahu. Pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu diharungi dan hadapi demi memikul amanah negara dan ibu bapa pelajar. Bayangkan, setiap hari golongan pendidik ini tidak jemu menghulurkan senaskah ilmu kepada anak-anak yang bakal menjalani kehidupan yang penuh dengan onak dan ranjau. Kadang kala guru terpaksa menghadapi karenah dan ragam pelajar yang sering menyebabkan tekanan emosi.
Guru ibarat lilin yang membakar diri individu yang mengimpikan kejayaan. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar guru, individu dapat menentukan hala tuju mereka dan mengapai impian supaya menjadi warga yang berkualiti kelak. Bukan mudah untuk memikul tanggungjawab sebagai guru, hanya kesabaran dan keyakinan diri yang tinggi sahaja dapat bergelar seorang guru. Individu yang bergelar pendidik bukan sahaja mereka yang mempunyai kelulusan akademik semata-mata, malah ibu bapa turut dianggap sebagai “guru” namun peranannya agak besar berbanding guru yang bertauliah. Ibu bapa merupakan “guru” pertama yang mendidik individu sejak dari lahir ke dunia ini. Justeru, walau sehebat mana kita berada, sejauh mana kita melangkah, dan sebesar mana pangkat kita, ingatlah bahawa tanpa “guru”, kita tidak akan mengecapi kejayaan sehingga hari ini. Segala ilmu yang diberikan mendewasakan individu sehingga mampu berdiri di atas kaki sendiri. Lantaran itu, sambutan Hari Guru perlu diraikan bersama bagi mengingati insan yang banyak memerah tenaga demi bergelar pendidik.Selamat Hari Guru….cikgu!!!
Di sini saya akan cuba berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu saya kepada anda tentang perkara-perkara berkaitan Internet Bisnes. Saya berharap kita semua akan mendapat manfaat daripada maklumat yang diongsi. Kesempatan ini, Saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada anda yang sudi menerjah ke sini. Tanpa anda apalah sangat blog ini.