Manusia gagal bukan kerana kebdohan, tetapi mereka gagal kerana melakukan perkara yang bodoh
In: Teknologi
7 Aug 200910 Virus Komputer Terdahsyat.
Brain,1986
Brain merupakan ‘virus sejati’ pertama yang ditemui pada tahun 1986. Virus itu tidaklah begitu merosakkan komputer tetapi ia menjadi titik tolak kepada ledakan industri malware. Ia turut menjadi pencetus idea kepada lebih 100,000 pencipta virus untuk dua dekad berikutnya.
Michelangelo,1991
MS-DOS virus yang paling teruk ditemui. Michelangelo menyerang sektor pemacu cakera keras dan apa sahaja pemacu cakera liut yang dimasukkan ke dalam komputer anda. Selepas menyebarkan virus tersebut secara senyap selama berbulan-bulan, virus akan diaktifkan. Ia telah merosakkan data yang terdapat dalam berpuluh-puluh ribu komputer.
Melissa, 1999
Dari segi teknikal, ia cecacing. Virus Melissa (dinamakan bersempena seorang penari bogel) melumpuhkan sistem e-mel sepenuhnya dengan komputer-komputer saling mengirim mesej yang banyak. Virus tersebut akan menghantar pelbagai e-mel kepada orang ramai. Bagaimanapun, pencipta virus tersebut telah ditangkap dan dikenakan penjara selama 20 bulan.
ILOVEU, 2000
Virus ini dikenali sebagai antara virus pertama yang menggunakan helah agar pengguna membuka sesebuah fail. Ia mendakwa fail tersebut merupakan surat cinta yang dikirim kepada penerima. Fail tersebut sebenarnya merupakan skrip VBS yang menghantar pelbagai e-mel ‘kotor’ dan menghapuskan beribu-ribu fail. Perkara ini amat dahsyat dan mengakibatkan 10 peratus komputer di dunia terjejas dengan kerugian bernilai AS$5.5 bilion.
Code Red, 2001
Serangan Code Red tertumpu pada server web. Ia merosakkan laman web dan melancar serangan ke atas satu hos IP termasuk White House.
Nimda, 2001
Ia dicetuskan berdasarkan virus Code Red dan menyerang sistem melalui e-mel, laman-laman web dan sambungan Internet. Jika Nimda memasuki komputer selepas 22 minit, ia kaan menjadi virus paling cepat merebak di Internet ketika itu.
Klez, 2001
Virus e-mel, Klez mempelopori teknik pengiriman pesanan-pesanan melalui e-mel dengan mendakwa Bill Gates ingin memberikan wang percuma kepada anda. Ia membuatkan penerima e-mel klik pada e-mel berkenaan kerana tertanya-tanya adakah ia benar atau palsu.
Slammer, 2003
Satu lagi penyebar yang laju, cecacing ini menjangkiti kira-kira 75,000 buah sistem dalam hanya 10 minit. Ia memperlahankan penggunaan Internet untuk satu ‘rayapan’ seperti Code Red dan melenyapkan beribu-ribu laman web.
MyDoom, 2004
My Doom paling cepat menyebarkan virus menerusi e-mel dalam sejarah. Ia menjangkiti komputer-komputer dan bergilir-gilir menghantar e-mel remeh. My Doom pernah menyerang laman web sco.com, sebuah syarikat yang tidak terkenal yang kemudiannya mendakwa syarikat-syarikat lain bahawa kodnya telah digunakan dalam pengagihan Linux.
Storm, 2007
Storm merebak melalui e-mel spam. Ia akhirnya menjangkiti sehingga 10 juta buah komputer.
Sumber: www.ontechnews.com.
Di sini saya akan cuba berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu saya kepada anda tentang perkara-perkara berkaitan Internet Bisnes. Saya berharap kita semua akan mendapat manfaat daripada maklumat yang diongsi. Kesempatan ini, Saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada anda yang sudi menerjah ke sini. Tanpa anda apalah sangat blog ini.