Lauren Luke memulakan perniagaan di Ebay

In: Ebay

16 Aug 2009

Lauren Luke memulakan perniagaan di Ebay

Internet telah berjaya mengubah nasib Lauren Luke seorang ibu tunggal dari South Shields, England pada usia 27 tahun. Ianya bermula apabila beliau mula menjual pelbagai jenama mekap popular di laman lelongan eBay di Internet beberapa tahun lalu.

Atas permintaan pelanggan, Luke kemudian merakamkan klip video berhubung cara-cara menggunakan produk berkenaan dan memuat naiknya ke laman perkongsian video YouTube dan telah ditonton lebih daripada 54 juta kali.

Kejayaan itu menyebabkan Luke dihubungi oleh firma mencari idea baru dan penjenamaan popular, Anomaly.

Firma Anomaly kemudian bekerjasama dengan firma kosmetik Zorbit bagi mengeluarkan rangkaian mekap Luke menerusi syarikat By Lauren Luke.

Syarikat itu dimiliki bersama oleh Luke, Anomaly dan Zorbit.

Dia kini menandatangani satu perjanjian untuk menerbitkan buku dengan syarikat Hodder & Stoughton dan mencipta permainan Supermodel Makeover menerusi gajet Nintendo.

“Sukar untuk mempercayai bahawa nasib saya boleh berubah. “Sebelum ini, saya kais pagi makan pagi,” katanya.

Pada awal tahun ini, dia memeterai kontrak bernilai lebih sejuta dolar dengan pemilik YouTube, Google yang memberikannya hak pendapatan daripada iklan. – Agensi

Comment Form

Sepintas Lalu

Di sini saya akan cuba berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu saya kepada anda tentang perkara-perkara berkaitan Internet Bisnes. Saya berharap kita semua akan mendapat manfaat daripada maklumat yang diongsi. Kesempatan ini, Saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada anda yang sudi menerjah ke sini. Tanpa anda apalah sangat blog ini.

Photostream

 

August 2009
M T W T F S S
« May   Sep »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Pages

Web Analytics